Isnin, 23 September 2013

Secebis daripada Ribuan Keperibadian Rasulullah SAW

Keperibadian Rasulullah S.A.W

Menerusi pembacaan, menurut Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab menyatakan bahawa As Sirah menurut bahasa bermaksud kebiasaan, jalan, cara dan tingkah laku.  Menurut istilah umum pula, ianya membawa maksud perincian hidup seseorang atau sejarah hidup seseorang.
Pengajian sirah tidak sama dengan pengajian sejarah.  Objkektif utama pengajian sirah adalah untuk menjadikan Nabi saw sebagai model dan contoh kepada umatnya.  Oleh itu sumber pengajiannya pastinya adalah yang terbaik dan dan tanpa keraguan.  Para ulama menggariskan sumber-sumber berikut dalam pengajian sirah.
1.      Al-Quran
Al Quran merupakan sandaran utama dalam memahami ciri-ciri umum mengenai kehidupan Rasulullah S.A.W.  Ianya juga merupakan rujukan utama untuk memahami sifat-sifat umum Rasulullah S.A.W dan mengenal tahap-tahap umum dari sirah yang mulia ini.

2.      Al-Hadith Rasulullah S.A.W
Hadith merupakan rujukan kedua yang terkandung dalam kitab-kitab hadis yang muktabar walaupun pada permulaannya belum tersusun secara urutan dan sistematik kerana pada kebanyakan ulamak hadis menyusun kitab mereka berdasarkan bab-bab feqah.

3.      Syair zaman kenabian
Terdapat ramai kalangan orang-orang mukmin dari kalangan para sahabat yang menjadi penyair untuk mempertahankan Rasulullah S.A.W daripada cercaan dan tomahan penyair Musyrikin.

4.      Buku-buku sirah
Kesedaran dan keinginan untuk menulis Sirah Nabi S.A.W mula muncul dan dilaksanakan oleh beberapa orang sahabat seperti Urwah Ibn Zubair, Wahab Ibn Munabbih, Syurhabil Ibn Saad, dan Syihab az-Zuhri. Antaranya buku terjemahan sirah yang boleh didapati di pasaran ialah
    • Fiqh Sirah oleh Dr. Said Ramadhan al-Buti,
    • Sejarah Nabi oleh Abul Hassan Ali al-Nadwi.
    • Sirah Ibn Hisyam oleh Ibn Hisyam dll.
Kisah-kisah Nabi Muhammad telah tersebar luas ke Alam Melayu.



Uswatul Hasanah (Teladan Terbaik)
  
Maksudnya : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-
banyak (dalam masa susah dan senang)

Ku ingin meneladani akhlakmu Ya Rasulullah SAW. Moga-moga dengan pembacaan risalah yang ringkas ini dapat menyemaikan lagi perasaan cinta dan rindu kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Banyak yang perlu dibicarakan. Oleh itu, tidak cukup hanya membaca risalah ini untuk mengenali Nabi Muhammad SAW. Teruskan usaha dalam mendekati Nabi Muhammad SAW bak kata pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta”.

  1. Kebersihan Zahir dan Batin

Sejak kecil, Nabi Muhammad SAW sangat menyukai kebersihan dan selalu menjaga kebersihan badannya, kerapian dan wangi-wangian. Kebersihan badan dan kesucian jiwa beliau bak dua sejoli yang tidak dapat dipisahkan. Bahkan, Baginda SAW juga mendorong sahabat-sahabatnya menjaga kebersihan badan, pakaian dan rumah. Sebelum dan sesudah makan Nabi Muhammad SAW sendiri mencuci tangan dan mulutnya dan tidak makan sayur-sayuran yang berbau tak sedap. Sisir, celak, gunting dan cermin adalah teman setianya ketika keluar dan bermusafir.
Kerendahan hati menjadi ciri khas keperibadian Rasulullah SAW. Rasulullah SAW selalu merendahkan diri di mana sahaja dan kepada siapa sepenuh masa. Meskipun beliau mendapat pujian, sanjungan, kemuliaan dan penghormatan dari Allah dan dari sekalian alam, namun Rasulullah SAW tidak pernah merasa tinggi hati.

          2.    Kejujuran

Dalam hal kejujuran ini, Allah SWT memuji Nabi Muhammad SAW dengan firman-Nya:
Maksudnya : “Hati (Nabi Muhammad SAW) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.” 
(Surah An-Najm 11)

Setiap perkataan Baginda selalu benar sehingga Baginda mendapat gelaran Al-Amin, orang yang dapt dipercayai. Beliau memiliki pendirian bahawa kejujuran dan menjaga amanat.

Masyarakat Mekah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai tumpuan dan kepercayaan. Mereka sentiasa mengamanahkan wang, perhiasan dan barang-barang berharga kepada beliau supaya menjaga benda-benda mereka. Apabila mereka meminta barang itu kembali, Baginda akan terus mengembalikan kepada pemiliknya. Bahkan setelah diutuskan menjadi Rasul, meskipun memusuhinya, kaum Quraisy tetap menyerahkan penjagaan harta berharga mereka kepada beliau kerana mereka merasa aman dan yakin harta tersebut selamat ditangannya.
            Sebelum diutuskan menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW pernah bermusafir ke Syria dengan membawa barang dagangan milik Ummul Mukminin , Khadijah Binti Khuwailid. Perjalanan itu membuktikan kejujuran, usaha Nabi Muhammad dalam memutar modal hingga memperoleh keuntungan jauh lebih besar daripada orang lain. Ketika pulang ke Mekah, dengan tutur kata yang lembut dan menarik, Baginda menceritakan perjalanan serta membentangkan semua keuntungan yang diperolehi. Khadijah memdengar semua itu dengan penuh gembira dan kagum. Dalam kesempatan yang lain, Maisarah, hamba lelaki Khadijah Binti Khuwailid yang ikut mendampingi Nabi Muhammad SAW selama perjalanan itu juga menceritakan betapa lembut perangainya dan betapa luhur budi pekertinya.

      3.  Adil Dan Bijaksana Dalam Segala Hal

   Nabi Muhammad SAW selalu menjadi pengaman pertikaian antara pihak bermusuhan. Pernah suatu ketika, di Mekah hampir terjadi peperangan gara-gara setiap kabilah berebut kehormatan kabilah. Iaitu saat peletakan Hajarul Aswad pada tempat asalnya, terjadilah perselisihan dan pertengkaran di antara semua kabilah Quraisy. Masing-masing menginginkan agar kabilah sendiri mengangkat dan meletakkan Hajarul Aswad pada tempatnya. Pertelingkahan nyaris terjadi pertumpahan darah.

   Beberapa hari pertelingkahan berlalu akhirnya suasana berubah menjadi reda setelah semua pihak berkumpul untuk bermusyawarah. Abu Umayyah Bin Al-Mughirah mencadangkan supaya serahkan keputusan kepada orang pertama yang memasuki pintu Kaabah pada hari itu. Usul Abu Umayyah diterima.

    Ketika nampak Nabi Muhammad SAW memasuki pintu Kaabah mereka memandang kejadian itu sebagai limpahan taufik dari Allah.  Demi kedamaian dan dengan penuh bujaksana, Rasulullah SAW mencadangkan puak-puak yang bertelingkah memegang satu kain lalu mengangkat Hajarul Aswad dan Nabi Muhammad SAW sendiri mengangkat dan meletakkan batu suci itu ke tempatnya semula. Dengan cara itu, berakhirlah perselisihan dan terhindar dari bencana perpecahan.
Moga2 mlalui bacaan ini semakin bertambah cinta kita kpd Baginda Rasulullah SAW.. -(mohon tunjuk ajar andai silap-alFaqir)

1 ulasan:

  1. Gabung yuk di Jejaring Sosial yang bisa menjadikan Anda sebagai manusia produktif. Karena Anda bisa:
    1. Membuat artikel & blog sendiri dengan mudah. Semuanya bisa terkumpul rapi dalam profil Anda dan bisa mudah dibaca semua.
    2. Membuat toko Online Anda sendiri karena ada Iklan baris yang bisa Anda manfaatkan buat toko Online Anda sendiri.
    3. Membuat acara" penting untuk dibagikan ke semua anggota
    4. Mengunggah lagu bagi Anda yang ingin share lagu favorit Anda, atau ingin menampilkan lagu Anda sendiri.
    4. Mengunggah gambar dalam 1 folder, bisa untuk jualan Anda, bisa untuk mengumpulkan foto Anda, dll.
    5. Bisa mengumpulkan video kesukaan Anda untuk dibagikan kepada orang lain.
    6. Update status dan profil juga tampilannya bagus.

    Yuk gabung sekarang juga di www.kumpool.com
    Kumpulkan komunitas Anda dalam Kumpool

    BalasPadam