Rabu, 11 April 2012

Detik Ketika Bersama-Ayah Bonda


Terkenang hamba pd ayah bonda, anda? Itulah kebiasaan kita!
Bukan untuk dijadikan perbuatan ini sebagai keaiban atau perkara pelik. Ini adalah tanggungjawab seorang anak tak kala berada jauh dari pandangan mereka. Persoalannya sekarang, kenapa tajuk ini dibicarakan lg? Kewajipanku? Kerana anak yang soleh itu selalu segar difikirannya segala jasa, budi dan kenangan mereka.

Disaat menjamah sarapan pagi, menyentuh makan petang dan menyatap makan malam, anak yang soleh akan terfikir di mindanya. Fikir kepada betapa eratnya kasih sayang ibu bapa yang menyediakan makanan buat mereka. Perisa makanan masih terasa di hujung lidahnya. Kini hanya mampu fikir dan untuk makan bersama-sama mereka bukanlah semudah dulu. Apakah yang ayah bondaku usahakan sekarang?
Anak soleh bukan sahaja terfikir kenangan bersama mereka bahkan diikuti fikiran itu bersama diiringi doa kepada Ilahi.

t