Khamis, 7 Mac 2013

NAFSU..OH DIRIKU..


NAFSU..OH DIRIKU..
Tolong daku!! Tolong daku!! Tolong daku membebaskan diriku dari nafsuku yang membuak-buak. Allahu Akbar. Inilah cabaran yang perlu dilalui dalam hidup manusia yang bernama remaja khususnya. Siapakah yang mampu menolong mereka? Awak? Saya? Ustaz? Imam Muda atau Imam Tua?
            Nafsu bukan datang secara tiba-tiba atau pun semulajadi  tetapi telah diciptakan dalam diri setiap anak Adam Alaihi Salam secara fitrah. Fitrah dan semula jadi tidak sama ertinya.
Sebaik  Allah menciptakan nafsu, Allah bertanya : “Siapa engkau dan siapa Aku (Allah)?”. Nafsu menjawab, “Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku.” Begitulah angkuhnya hingga tidak mahu memperakukan Allah sebagai Tuhan. Akhirnya, Allah membakar nafsu dalam neraka api dan  dikeluarkan dari neraka itu. Pada kali ini barulah nafsu menjawab, “Engkau(Allah) adalah Tuhanku dan aku adalah hamba mu.” 
            Kewujudan nafsu dalam diri manusia perlu djinakkan kerana nafsu begitu degil, angkuh dan bongkak pada asalnya tidak mengaku Allah sebagai tuhannya. Tetapi setelah diazab dalam neraka api barulah nafsu tunduk dan mengakui Allah itu adalah tuhan Maha Esa.
            Allah amat memurkai manusia yang mengambil nafsu sebagai tuhan, Allah juga melarang manusia hidup seperti iblis dan sama seperti haiwan kerana mereka selalu mengikuti  apa-apa sahaja  yang nafsu mereka sukai. Maka samalah manusia dan haiwan jika manusia membuang al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. dalam hidup mereka.
            Jika manusia ditegah bertuhankan nafsu, boleh tak manusia ingin membuang nafsu dalam hidup mereka? Buang jau-jauh! Buang selama-lamanya! Ketahuilah, Rasulullah S.A.W. pernah melarang seorang sahabat yang meminta izin untuk membuang nafsu kerana nafsu amat diperlukan oleh manusia bagi kelansungan hidup.
Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hati dan  akhlak amat berkait rapat. Andai hati bersih maka terpancarlah akhlak atau perilaku yang baik dan mulia dalam hidup manusia. Pada ketika ini, nafsu  tidak lagi diikuti tapi mujahadah diri semakin kuat memagari diri.

KAEDAH PENYUCIAN DIRI :

1.    Ijtinabul Manhiyat
Menjauh larangan-larangan Allah dan rasul-Nya. Tidak dapat tidak dengan cara pelajari ilmu agama, barulah faham apa yang dilarang dalam agama.
2.    Adaul Wajibat
Melaksanakan semua kewajipan seorang hamba Allah dan arahan Allah senantiasa diikuti.
3.    Adaun Nafilah
Melaksanakan hal-hal yang disunatkan Allah. Mengikuti segala sunnah Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dalam hidup. Zikir, selawat dan baca al-Quran.
4.    Ar-Riyadhah
Latihan spiritual agar dapat istiqamah dalam seluruh ajaran Islam dan mendekatkan diri kepada Allah. Sentiasa sibukkan diri dengan benda bermanfaat dapat mengelakkan diri daripada membuat sesuatu yang dilarang.

PEMBENTUKKAN AKHLAK


Kesimpulannya, diri andalah yang dapat menyelamatkan anda daripada tenggelam dalam keghairahan dan gelojak nafsu yang mengajak kepada keburukan. Tunggangilah nafsu menuju ke arah kebaikan. Nafsu yang terarah membawa pemiliknya mendapat keredaan Allah. Moga-moga kita berjaya dalam bermujahadah yang disertakan munajat dalam menundukkan nafsu. Insha Allah.

“Sekiranya kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka,
pasti binasa langit dan bumi, dan semua yang ada di dalamnya.
(Surah al-Mukminum, ayat 71)

Rujukan

Shuib Bin Sulaiman. (2011). Indeks Prestasi Nafsu. Batu Caves, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Wahyuddin, Achmad, M. Ilyas, M. Saifullah, Z. Muhibbin. (2009). Pendidikan Agama Islam Untuk Perguruan Tinggi . Jakarta: Grasindo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan