Isnin, 18 Mac 2013


ADAB MUSLIMAT IDAMAN QALBI MUSLIMIN.

 1.Tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah   Taala:

32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan). (Surah Al-Ahzab 32)




2.  Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah Taala:
33. Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu berhias diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikan-lah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah Al-Ahzab 33)

Khamis, 7 Mac 2013

NAFSU..OH DIRIKU..


NAFSU..OH DIRIKU..
Tolong daku!! Tolong daku!! Tolong daku membebaskan diriku dari nafsuku yang membuak-buak. Allahu Akbar. Inilah cabaran yang perlu dilalui dalam hidup manusia yang bernama remaja khususnya. Siapakah yang mampu menolong mereka? Awak? Saya? Ustaz? Imam Muda atau Imam Tua?
            Nafsu bukan datang secara tiba-tiba atau pun semulajadi  tetapi telah diciptakan dalam diri setiap anak Adam Alaihi Salam secara fitrah. Fitrah dan semula jadi tidak sama ertinya.
Sebaik  Allah menciptakan nafsu, Allah bertanya : “Siapa engkau dan siapa Aku (Allah)?”. Nafsu menjawab, “Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku.” Begitulah angkuhnya hingga tidak mahu memperakukan Allah sebagai Tuhan. Akhirnya, Allah membakar nafsu dalam neraka api dan  dikeluarkan dari neraka itu. Pada kali ini barulah nafsu menjawab, “Engkau(Allah) adalah Tuhanku dan aku adalah hamba mu.” 
            Kewujudan nafsu dalam diri manusia perlu djinakkan kerana nafsu begitu degil, angkuh dan bongkak pada asalnya tidak mengaku Allah sebagai tuhannya. Tetapi setelah diazab dalam neraka api barulah nafsu tunduk dan mengakui Allah itu adalah tuhan Maha Esa.
            Allah amat memurkai manusia yang mengambil nafsu sebagai tuhan, Allah juga melarang manusia hidup seperti iblis dan sama seperti haiwan kerana mereka selalu mengikuti  apa-apa sahaja  yang nafsu mereka sukai. Maka samalah manusia dan haiwan jika manusia membuang al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. dalam hidup mereka.
            Jika manusia ditegah bertuhankan nafsu, boleh tak manusia ingin membuang nafsu dalam hidup mereka? Buang jau-jauh! Buang selama-lamanya! Ketahuilah, Rasulullah S.A.W. pernah melarang seorang sahabat yang meminta izin untuk membuang nafsu kerana nafsu amat diperlukan oleh manusia bagi kelansungan hidup.
Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hati dan  akhlak amat berkait rapat. Andai hati bersih maka terpancarlah akhlak atau perilaku yang baik dan mulia dalam hidup manusia. Pada ketika ini, nafsu  tidak lagi diikuti tapi mujahadah diri semakin kuat memagari diri.

KAEDAH PENYUCIAN DIRI :

1.    Ijtinabul Manhiyat
Menjauh larangan-larangan Allah dan rasul-Nya. Tidak dapat tidak dengan cara pelajari ilmu agama, barulah faham apa yang dilarang dalam agama.
2.    Adaul Wajibat
Melaksanakan semua kewajipan seorang hamba Allah dan arahan Allah senantiasa diikuti.
3.    Adaun Nafilah
Melaksanakan hal-hal yang disunatkan Allah. Mengikuti segala sunnah Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dalam hidup. Zikir, selawat dan baca al-Quran.
4.    Ar-Riyadhah
Latihan spiritual agar dapat istiqamah dalam seluruh ajaran Islam dan mendekatkan diri kepada Allah. Sentiasa sibukkan diri dengan benda bermanfaat dapat mengelakkan diri daripada membuat sesuatu yang dilarang.

PEMBENTUKKAN AKHLAK


Kesimpulannya, diri andalah yang dapat menyelamatkan anda daripada tenggelam dalam keghairahan dan gelojak nafsu yang mengajak kepada keburukan. Tunggangilah nafsu menuju ke arah kebaikan. Nafsu yang terarah membawa pemiliknya mendapat keredaan Allah. Moga-moga kita berjaya dalam bermujahadah yang disertakan munajat dalam menundukkan nafsu. Insha Allah.

“Sekiranya kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka,
pasti binasa langit dan bumi, dan semua yang ada di dalamnya.
(Surah al-Mukminum, ayat 71)

Rujukan

Shuib Bin Sulaiman. (2011). Indeks Prestasi Nafsu. Batu Caves, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Wahyuddin, Achmad, M. Ilyas, M. Saifullah, Z. Muhibbin. (2009). Pendidikan Agama Islam Untuk Perguruan Tinggi . Jakarta: Grasindo.

Rabu, 6 Mac 2013

Ibu Bapa Merancang Dan Membentuk Hala Tuju Remaja

Ibu bapa merupakan insan atau individu yang paling rapat dengan kehidupan anak dalam sesebuah keluarga. Layanan teristimewa yang anak dapat sudah pastinya datang julung kalinya dari ibu bapa. Bahkan ibu bapa orang yang pertama dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala.

Mereka bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak sehingga-hingga anak boleh berdikari dan seterusnya menbina keluarga masing-masing. Insya Allah. Tanggungjawab di sini bukan sekadar menyediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal, bahkan Islam telah meletakkan kebertanggungjawaban yang luas terhadap pendidikan anak merangkumi seluruh aspek kehidupan bermula dari kandungan hingga dewasa.

Firman Allah Azza Wajalla :
                      "Wahai orang yang beriman, periharalah diri kamu, dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang keras kasar, tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Dimanakah ibu bapa? Bagaimanakah reaksi ibu bapa? Apabila masyarakat kesemuanya membicarakan tentang kejatuhan moral anak-anak mungkin anda anda sendiri (Nauzubillah). Alangkah sedih lagi malu, melihat remaja Melayu yang sinonim dengan Islamnya, tidak terkecuali terkena tempiasnya. Bahkan, kajian  










"Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jenayah seperti merompak, bergaduh, kongsi gelap atau keganasan hingga mendatangkan kecederaan atau kematian dulu lazimnya dikaitkan dengan kumpulan orang dewasa, tetapi kini turut terkenal dilakukan remaja sekolah." Sumber http://www.hmetro.com.my/articles/Pantauremajabermasalah/Article/ 


(Bukan ingin memburukkan kemuliaan ibu bapa tapi) Apabila anak terlibat dengan masalah sebegini (Nauzubillah) sesetengah ibu bapa dengan begitu mudah melepaskan tangan dengan menuding jari kepada pihak lain. Wahai ibu bapa sekalian, insafi dan sedari bahawa andalah yang MENANGGUNG BEBAN pendidikan dan pembentukan peribadi anak yang sebenar-benarnya.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
               "Setiap anak itu lahir dalam keadaan fitrah. Kedua-dua ibu bapalah yang membentuknya sama ada untuk menjadi seorang Yahudi, Nasrani ataupun seorang Majusi."