Isnin, 18 Jun 2012




Di Malaysia tercinta
Guru sering
Berkata
Dengan Janji Jiwa
Bernyanyian
Dengan Hati Nurani
“Kami guru Malaysia. Berikrar dan berjanji. Mendidik dan memimpin putera puteri negara kita.”.
Inilah kata-kata yang sebati dalam hidup insan yang bergelar GURU. Hadirnya bukan untuk dihargai oleh anak bangsa tapi untuk berjuang menelusuri jalan berliku dalam membina modal insan.
Guru itu jatuh dan bangun adalah demi anak bangsa. Tak akan berjaya seorang budak tanpa ibu bapa dalam mendalami kehidupan. Sepastinya tak akan berjaya pelajar  tanpa guru dalam mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi.
Kehadiran guru senantiasa dinantikan. Kini dan selama-lamanya.
Selamat Hari Guru 2012



Lagu Buat Insan Yg Bergelar Guru

Lirik Lagu Guru Malaysia



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-lagu-guru-malaysia.html#ixzz1yDyAPGHU