Rabu, 6 Mac 2013

Ibu Bapa Merancang Dan Membentuk Hala Tuju Remaja

Ibu bapa merupakan insan atau individu yang paling rapat dengan kehidupan anak dalam sesebuah keluarga. Layanan teristimewa yang anak dapat sudah pastinya datang julung kalinya dari ibu bapa. Bahkan ibu bapa orang yang pertama dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala.

Mereka bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak sehingga-hingga anak boleh berdikari dan seterusnya menbina keluarga masing-masing. Insya Allah. Tanggungjawab di sini bukan sekadar menyediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal, bahkan Islam telah meletakkan kebertanggungjawaban yang luas terhadap pendidikan anak merangkumi seluruh aspek kehidupan bermula dari kandungan hingga dewasa.

Firman Allah Azza Wajalla :
                      "Wahai orang yang beriman, periharalah diri kamu, dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang keras kasar, tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Dimanakah ibu bapa? Bagaimanakah reaksi ibu bapa? Apabila masyarakat kesemuanya membicarakan tentang kejatuhan moral anak-anak mungkin anda anda sendiri (Nauzubillah). Alangkah sedih lagi malu, melihat remaja Melayu yang sinonim dengan Islamnya, tidak terkecuali terkena tempiasnya. Bahkan, kajian  










"Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jenayah seperti merompak, bergaduh, kongsi gelap atau keganasan hingga mendatangkan kecederaan atau kematian dulu lazimnya dikaitkan dengan kumpulan orang dewasa, tetapi kini turut terkenal dilakukan remaja sekolah." Sumber http://www.hmetro.com.my/articles/Pantauremajabermasalah/Article/ 


(Bukan ingin memburukkan kemuliaan ibu bapa tapi) Apabila anak terlibat dengan masalah sebegini (Nauzubillah) sesetengah ibu bapa dengan begitu mudah melepaskan tangan dengan menuding jari kepada pihak lain. Wahai ibu bapa sekalian, insafi dan sedari bahawa andalah yang MENANGGUNG BEBAN pendidikan dan pembentukan peribadi anak yang sebenar-benarnya.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
               "Setiap anak itu lahir dalam keadaan fitrah. Kedua-dua ibu bapalah yang membentuknya sama ada untuk menjadi seorang Yahudi, Nasrani ataupun seorang Majusi."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan