Ahad, 20 Mei 2012

Berpisah lagi..itukah pengakhirannya?

Warkah buat temanku..

Bermujahadah Wahai Sahabatku! Mungkin itu pengalaman baru buat Mu. Begitulah kehidupan sebagai hamba Ilahi. Hari ini gembira. Hari esok sedih. Aku hanya mampu merasai peritnya tapi kamulah merasai pedah dan pahitnya. Sahabatku, hari ni(20/2/2012) mungkin hari yang paling kamu tidak mahu kamu melaluinya tapi itulah takdirnya. Takdir kamu dengannya. Walaupun engkau rasa sendirian tapi Allah Taala itu ada di samping kita semua. Mungkin kamu masih teringat saat kamu bersamanya, ceria, ketawa, bahagia dan mungkin pernah sedih bersama-sama tapi bermula detik ini ia tak akan berlaku lagi. Kamu di alam mu, dia di alamnya; yang dikejarkan itu. 
Aku percaya dan membenarkan janjmu itu, membawa dia dengan batasan agama. Tapi janji Allah dan  perancangan Allah Taala lebih hebat. Lupakah kamu dengan Firman-Nya:

ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين

Seseorang hamba mengail di tepian tasik, dah mengail maka dapatlah seekor ikannya...ikannya sihat lagi handal di lautan. Oh, amat pedih perasaan hamba itu kira2 ia dipaksa melepaskan semula ikan itu ke dalam tasik itu walhal ia cukup sempurna dan menjadi idaman 2 tahun berkurun lamanya...ini adalah perumpamaan semata2.
Aku hanya hampu mengambarkan kisahmu. Mahu mengambarkan perasaaanmu tidak aku mampu. 
Sudahkan kamu berfikir baik @husnul Zon dengan Maha Pencipta Segala2Nya..letaklah ini sebagai perasaan cemburu Allah kepada Mu. Dulu jk kamu ada ujian, kamu meluahkan kepada si dia. Dulu jk kamu ada takut, kamu beranikan kerananya. Dulu si dia kamu letak di hadapan.
Dimanakah Allah di waktu itu? Sekarang reportlah segalanya kepada Allah...
Bangkitlah!!! Bukan betul caranya terus memerah air di mata. 
Inilah saat sesuai kamu mencari erti dan mengerti cinta Allah.
Ana alFaqir Wal Hakier ila Allah



اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي ، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمِي فَتَوَفَّنِي إِلَيْكَ وَأَنَا غَيْرُ مَفْتُونٍ ، اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ ، وَحُبًّا يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar terdorong sentiasa melakukan ketaatan, meninggalkan perkara munkar, mencintai orang-orang miskin, dan agar Engkau mengampunkan aku dan mengasihaniku. Aku mohon kepada-Mu jika Engkau ingin mengenakan sesuatu musibah, maka matikan aku dalam keadaan selamat dari malapetaka itu. Ya Allah! Aku mohon kepada-Mu rasa cinta pada-Mu, cinta pd sesiapa yg menyintai-Mu dan cinta yg menyampaikan aku kepada cinta-Mu. 
(Riwayat al-Hakim no. 1932,al-Mu’jam al-Kabir no. 216)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan