Rabu, 6 Mac 2013

Ibu Bapa Merancang Dan Membentuk Hala Tuju Remaja

Ibu bapa merupakan insan atau individu yang paling rapat dengan kehidupan anak dalam sesebuah keluarga. Layanan teristimewa yang anak dapat sudah pastinya datang julung kalinya dari ibu bapa. Bahkan ibu bapa orang yang pertama dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala.

Mereka bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak sehingga-hingga anak boleh berdikari dan seterusnya menbina keluarga masing-masing. Insya Allah. Tanggungjawab di sini bukan sekadar menyediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal, bahkan Islam telah meletakkan kebertanggungjawaban yang luas terhadap pendidikan anak merangkumi seluruh aspek kehidupan bermula dari kandungan hingga dewasa.

Firman Allah Azza Wajalla :
                      "Wahai orang yang beriman, periharalah diri kamu, dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang keras kasar, tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Dimanakah ibu bapa? Bagaimanakah reaksi ibu bapa? Apabila masyarakat kesemuanya membicarakan tentang kejatuhan moral anak-anak mungkin anda anda sendiri (Nauzubillah). Alangkah sedih lagi malu, melihat remaja Melayu yang sinonim dengan Islamnya, tidak terkecuali terkena tempiasnya. Bahkan, kajian  










"Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jenayah seperti merompak, bergaduh, kongsi gelap atau keganasan hingga mendatangkan kecederaan atau kematian dulu lazimnya dikaitkan dengan kumpulan orang dewasa, tetapi kini turut terkenal dilakukan remaja sekolah." Sumber http://www.hmetro.com.my/articles/Pantauremajabermasalah/Article/ 


(Bukan ingin memburukkan kemuliaan ibu bapa tapi) Apabila anak terlibat dengan masalah sebegini (Nauzubillah) sesetengah ibu bapa dengan begitu mudah melepaskan tangan dengan menuding jari kepada pihak lain. Wahai ibu bapa sekalian, insafi dan sedari bahawa andalah yang MENANGGUNG BEBAN pendidikan dan pembentukan peribadi anak yang sebenar-benarnya.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
               "Setiap anak itu lahir dalam keadaan fitrah. Kedua-dua ibu bapalah yang membentuknya sama ada untuk menjadi seorang Yahudi, Nasrani ataupun seorang Majusi."

Selasa, 10 Julai 2012

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN


JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
(seboleh2nya begini..mujahadah)

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepada-NYAlah aku akan dikembalikan. Berniat lah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wuduk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang Sunat Taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. Astaghfirullah..

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang Sunat Tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.



5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkati-NYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Alangkah bagus jika dapat amalankan Al-Mathurat setiap pagi.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.



10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja.


12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yagn
memberi kita nikmat besar dapat menyembah-NYA.


2.00 ptg Lakukan amanah sebagai khalifah
Sudah selesai solat, mungkin patut kembali membuat kerja harian sebagai khalifah di dunia ini; pelajar, guru, pegawai, dll. Tidur sekejap.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembah-NYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang Ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 mlm Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
Moga dapat bersua lagi dengan hari esok kelak dan membaiki kelemahan hari sebelumnya moga2 lebih baik.
Berniatlah untuk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati.
Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur

copy and paste..cuba perkongsian dlm blog ni.Ana Al-Hakier Ila Allah.
Sama2 kita patuhi jdual ini.

Isnin, 18 Jun 2012




Di Malaysia tercinta
Guru sering
Berkata
Dengan Janji Jiwa
Bernyanyian
Dengan Hati Nurani
“Kami guru Malaysia. Berikrar dan berjanji. Mendidik dan memimpin putera puteri negara kita.”.
Inilah kata-kata yang sebati dalam hidup insan yang bergelar GURU. Hadirnya bukan untuk dihargai oleh anak bangsa tapi untuk berjuang menelusuri jalan berliku dalam membina modal insan.
Guru itu jatuh dan bangun adalah demi anak bangsa. Tak akan berjaya seorang budak tanpa ibu bapa dalam mendalami kehidupan. Sepastinya tak akan berjaya pelajar  tanpa guru dalam mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi.
Kehadiran guru senantiasa dinantikan. Kini dan selama-lamanya.
Selamat Hari Guru 2012



Lagu Buat Insan Yg Bergelar Guru

Lirik Lagu Guru Malaysia



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-lagu-guru-malaysia.html#ixzz1yDyAPGHU