Keperibadian Rasulullah S.A.W
Menerusi pembacaan, menurut Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul
Arab menyatakan bahawa As Sirah menurut bahasa bermaksud kebiasaan, jalan,
cara dan tingkah laku. Menurut istilah
umum pula, ianya membawa maksud perincian hidup seseorang atau sejarah hidup
seseorang.
Pengajian sirah tidak sama dengan pengajian sejarah. Objkektif utama pengajian sirah adalah untuk
menjadikan Nabi saw sebagai model dan contoh kepada umatnya. Oleh itu sumber pengajiannya pastinya adalah
yang terbaik dan dan tanpa keraguan.
Para ulama menggariskan sumber-sumber berikut dalam pengajian sirah.
1. Al-Quran
Al Quran
merupakan sandaran utama dalam memahami ciri-ciri umum mengenai kehidupan
Rasulullah S.A.W. Ianya juga merupakan
rujukan utama untuk memahami sifat-sifat umum Rasulullah S.A.W dan mengenal
tahap-tahap umum dari sirah yang mulia ini.
2. Al-Hadith Rasulullah
S.A.W
Hadith
merupakan rujukan kedua yang terkandung dalam kitab-kitab hadis yang muktabar
walaupun pada permulaannya belum tersusun secara urutan dan sistematik kerana
pada kebanyakan ulamak hadis menyusun kitab mereka berdasarkan bab-bab feqah.
3. Syair zaman kenabian
Terdapat
ramai kalangan orang-orang mukmin dari kalangan para sahabat yang menjadi
penyair untuk mempertahankan Rasulullah S.A.W daripada cercaan dan tomahan
penyair Musyrikin.
4. Buku-buku sirah
Kesedaran
dan keinginan untuk menulis Sirah Nabi S.A.W mula muncul dan dilaksanakan oleh
beberapa orang sahabat seperti Urwah Ibn Zubair, Wahab Ibn Munabbih,
Syurhabil Ibn Saad, dan Syihab az-Zuhri. Antaranya buku terjemahan sirah
yang boleh didapati di pasaran ialah
- Fiqh Sirah oleh Dr. Said Ramadhan al-Buti,
- Sejarah Nabi oleh Abul Hassan Ali al-Nadwi.
- Sirah Ibn Hisyam oleh Ibn Hisyam dll.
Kisah-kisah Nabi Muhammad telah tersebar
luas ke Alam Melayu.
Uswatul Hasanah (Teladan Terbaik)
Maksudnya : Demi sesungguhnya, adalah
bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang
Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-
banyak (dalam masa susah dan
senang)
Ku ingin meneladani akhlakmu Ya Rasulullah SAW. Moga-moga dengan
pembacaan risalah yang ringkas ini dapat menyemaikan lagi perasaan cinta dan
rindu kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Banyak yang perlu dibicarakan. Oleh
itu, tidak cukup hanya membaca risalah ini untuk mengenali Nabi Muhammad SAW.
Teruskan usaha dalam mendekati Nabi Muhammad SAW bak kata pepatah Melayu, “tak
kenal maka tak cinta”.
- Kebersihan Zahir dan Batin
Sejak kecil, Nabi Muhammad SAW sangat menyukai kebersihan dan
selalu menjaga kebersihan badannya, kerapian dan wangi-wangian. Kebersihan
badan dan kesucian jiwa beliau bak dua sejoli yang tidak dapat dipisahkan.
Bahkan, Baginda SAW juga mendorong sahabat-sahabatnya menjaga kebersihan badan,
pakaian dan rumah. Sebelum dan sesudah makan Nabi Muhammad SAW sendiri mencuci
tangan dan mulutnya dan tidak makan sayur-sayuran yang berbau tak sedap. Sisir,
celak, gunting dan cermin adalah teman setianya ketika keluar dan bermusafir.
Kerendahan hati menjadi ciri khas keperibadian Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW selalu merendahkan diri di mana sahaja dan kepada siapa sepenuh
masa. Meskipun beliau mendapat pujian, sanjungan, kemuliaan dan penghormatan
dari Allah dan dari sekalian alam, namun Rasulullah SAW tidak pernah merasa
tinggi hati.
2.
Kejujuran
Dalam hal kejujuran ini, Allah SWT memuji Nabi Muhammad SAW dengan
firman-Nya:
Maksudnya : “Hati (Nabi Muhammad SAW) tidak mendustakan apa yang
dilihatnya.”
(Surah An-Najm 11)
Setiap perkataan Baginda selalu benar sehingga Baginda mendapat gelaran
Al-Amin, orang yang dapt dipercayai. Beliau memiliki pendirian bahawa kejujuran
dan menjaga amanat.
Masyarakat Mekah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai tumpuan dan
kepercayaan. Mereka sentiasa mengamanahkan wang, perhiasan dan barang-barang
berharga kepada beliau supaya menjaga benda-benda mereka. Apabila mereka
meminta barang itu kembali, Baginda akan terus mengembalikan kepada pemiliknya.
Bahkan setelah diutuskan menjadi Rasul, meskipun memusuhinya, kaum Quraisy
tetap menyerahkan penjagaan harta berharga mereka kepada beliau kerana mereka
merasa aman dan yakin harta tersebut selamat ditangannya.
Sebelum diutuskan
menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW pernah bermusafir ke Syria dengan membawa barang
dagangan milik Ummul Mukminin , Khadijah Binti Khuwailid. Perjalanan itu
membuktikan kejujuran, usaha Nabi Muhammad dalam memutar modal hingga
memperoleh keuntungan jauh lebih besar daripada orang lain. Ketika pulang ke
Mekah, dengan tutur kata yang lembut dan menarik, Baginda menceritakan
perjalanan serta membentangkan semua keuntungan yang diperolehi. Khadijah
memdengar semua itu dengan penuh gembira dan kagum. Dalam kesempatan yang lain,
Maisarah, hamba lelaki Khadijah Binti Khuwailid yang ikut mendampingi Nabi
Muhammad SAW selama perjalanan itu juga menceritakan betapa lembut perangainya
dan betapa luhur budi pekertinya.
3. Adil Dan Bijaksana Dalam Segala Hal
Nabi Muhammad SAW selalu menjadi pengaman pertikaian antara pihak
bermusuhan. Pernah suatu ketika, di Mekah hampir terjadi peperangan gara-gara
setiap kabilah berebut kehormatan kabilah. Iaitu saat peletakan Hajarul Aswad pada tempat asalnya, terjadilah
perselisihan dan pertengkaran di antara semua kabilah Quraisy. Masing-masing
menginginkan agar kabilah sendiri mengangkat dan meletakkan Hajarul Aswad pada
tempatnya. Pertelingkahan nyaris terjadi pertumpahan darah.
Beberapa hari pertelingkahan berlalu akhirnya suasana berubah
menjadi reda setelah semua pihak berkumpul untuk bermusyawarah. Abu Umayyah Bin
Al-Mughirah mencadangkan supaya serahkan keputusan kepada orang pertama yang
memasuki pintu Kaabah pada hari itu. Usul Abu Umayyah diterima.
Ketika nampak Nabi Muhammad SAW memasuki pintu Kaabah mereka
memandang kejadian itu sebagai limpahan taufik dari Allah. Demi kedamaian dan dengan penuh bujaksana,
Rasulullah SAW mencadangkan puak-puak yang bertelingkah memegang satu kain lalu
mengangkat Hajarul Aswad dan Nabi Muhammad SAW sendiri mengangkat dan
meletakkan batu suci itu ke tempatnya semula. Dengan cara itu, berakhirlah
perselisihan dan terhindar dari bencana perpecahan.
Moga2 mlalui bacaan ini semakin bertambah cinta kita kpd Baginda Rasulullah SAW.. -(mohon tunjuk ajar andai silap-alFaqir)